awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit mental mampu kembali jalani kehidupan normal

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
28/10/2021
00:14 MYT
Pesakit mental mampu kembali jalani kehidupan normal
Menurut Dr Tuan Sharipah, pihaknya menggunakan pendekatan menyeluruh dalam menangani masalah kesihatan mental. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Pesakit mental masih berpeluang untuk kembali menjalani kehidupan normal menerusi sokongan keluarga di samping kaedah rawatan dan pemulihan yang teratur.
Menurut Ketua Perkhidmatan Psikiatri Terengganu, Dr Tuan Sharipah Tuan Hadi, walaupun sering dianggap tidak mempunyai masa depan, namun hakikatnya mereka boleh dipulihkan.
Menurut Dr Tuan Sharipah, pihaknya menggunakan pendekatan menyeluruh dalam menangani masalah kesihatan mental.
"Skizofrenia psikiatri merupakan penyakit dalam kalangan orang muda seawal usia 18 hingga 20 tahun bagi lelaki dan 25 tahun bagi perempuan.
"Penyakit orang muda yang tengah produktif yang patutnya pergi belajar, patutnya masuk universiti, tetapi itulah penyakit skizofrenia.
"Saya sangat menyarankan kepada masyarakat untuk mendapat rawatan awal. Ketepikan kepercayaan bahawa ia adalah buatan orang.
"Di hospital, kita akan kaji penyakit memenuhi ciri-ciri dia, kita akan rawat sebagai penyakit mental. Pendekatan kita juga adalah holistik.
"Kita tidak ketepikan elemen kerohanian kerana itu juga penting. Jadi kita akan memberikan ubat, kita bagi sokongan sosial bagi aktiviti pemulihan.
"Dalam masa yang sama, jika ahli keluarga mahu mendapatkan bantuan kerohanian, kita boleh gabungkan," katanya.
Dr Tuan Sharipah berkata, pesakit mental kronik juga berpeluang mendapat pekerjaan melalui program ‘Supported Employment’.
"Alhamdulillah pencapaian kita lebih 60 peratus pesakit yang mengikuti program pemulihan ini mendapat pekerjaan, sekurang-kurangnya dia boleh berdikari untuk bebas hidup tanpa bergantung kepada orang lain," jelasnya.
Seramai 2,144 individu yang mengalami masalah kesihatan mental mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) tahun lalu.
Manakala 1,797 individu dirawat di pusat berkenaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Topic Berkaitan
#pesakit mental
#Pulih
#kehidupan normal
#Dr Tuan Sharipah Tuan Hadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan