awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pesara guru rugi RM164,000 akibat klik pautan cabutan bertuah

Bernama
Bernama
30/06/2025
09:24 MYT
Pesara guru rugi RM164,000 akibat klik pautan cabutan bertuah
Wang di dalam akaun bank mangsa berkurangan apabila menerima e-mel daripada bank tempatan menyatakan berlaku transaksi dalam akaun simpanannya.
JERTIH: Seorang pesara guru mengalami kerugian kira-kira RM164,000 dipercayai selepas pernah mengklik satu pautan cabutan bertuah yang kononnya ditawarkan oleh sebuah bank tempatan melalui laman sosial Facebook sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @Abu berkata lelaki berumur 60 tahun itu menyedari wang di dalam akaun banknya berkurangan apabila menerima e-mel daripada bank tempatan menyatakan berlaku transaksi dalam akaun simpanan miliknya Khamis lepas, sebelum dia tampil membuat laporan polis pada hari sama.
"Mangsa yang terkejut kerana tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh tersebut terus pergi untuk mendapatkan penyata di sebuah bank di bandar Jertih, dan semakan mendapati telah berlaku 39 kali pengeluaran dari akaunnya ke akaun berbeza, yang semuanya dipercayai berpangkalan di luar negara
"Akibatnya sebahagian besar wang di dalam akaun itu hilang dan hanya berbaki sekitar RM30,000 sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azamuddin berkata pesara itu mengesyaki dia menjadi mangsa penipuan 'phishing' setelah dia memasukkan butiran peribadinya dalam pautan di laman sosial Facebook yang menawarkan peraduan cabutan bertuah sebelum ini.
Kes sedang disiasat mengkut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#dalam talian
#cabutan bertuah
#mangsa kerugian
#scam
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami