awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara guru wanita maut ditikam anak lelaki

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/07/2022
09:12 MYT
Pesara guru wanita maut ditikam anak lelaki
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang juga pesara guru ditemui di dalam bilik tidur kediamannya dalam keadaan berlumuran darah. - Foto Astro AWANI
TANGGA BATU: Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang juga pesara guru ditemui di dalam bilik tidur kediamannya dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa yang baharu kematian suami kira-kira sebulan lalu disahkan maut dilokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian leher dipercayai ditikam anak lelakinya berusia 40-an menggunakan sebilah pisau.
Saksi yang juga jiran berdekatan, Jamaliah Md Jamil,35, berkata, ketika kejadian dia sedang berada di kedai runcitnya yang terletak kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian
“Tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi suara adik perempuan suspek ini menjerit meminta tolong sebelum saya bergegas ke rumahnya dan nampak dia sedang berlari dalam keadaan panik dan maklumkan ibunya ditikam.
“Saya kemudian minta bantuan jiran lain dan juga sesiapa sahaja yang lalu untuk panjat pagar rumah mangsa ini dan mereka terus menahan suspek dan difahamkan suspek pun hanya mendiamkan diri dan tidak lari.
“Apabila dapat kunci rumah, saya terus bergegas masuk ke dalam rumah dan nampak mangsa terbaring di dalam bilik tidur rumah dalam keadaan berlumuran darah,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, pada Selasa.
Ujar Jamaliah, meskipun mengetahui sejarah suspek yang juga penganggur itu, dia mengakui terkejut dengan kejadian berkenaan memandangkan lelaki berkenaan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda bersikap berang.
“Memang tahu dia penagih tetapi tidak pernah nampak dia mengamuk ke apa sebab dia memang baik, ramah juga dengan jiran-jiran dan orang sekeliling memang kenal dia.
Bunuh | Lelaki terdengar bisikan ibu sembah berhala
“Suspek ni anak sulung dan memang tinggal berdua sahaja dengan ibunya (mangsa) tetapi adik beradik yang lain selalu juga datang, dan ayahnya juga baru sahaja meninggal lebih kurang sebulan lepas,”katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#pesara guru maut
#ditikam di leher
#anak kandung
#pisau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan