awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara hilang: Wanita 62 tahun ditahan, usaha kesan Sabari tidak dihenti - Polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/09/2024
06:15 MYT
Pesara hilang: Wanita 62 tahun ditahan, usaha kesan Sabari tidak dihenti - Polis
Kereta Proton Waja yang dipandu Sabari ditemui penduduk dalam keadaan terbakar di Belantik, Sik. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Polis mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang pesara kewangan Felcra di Baling pada 3 September lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, penahanan wanita itu berkaitan beberapa transaksi pengeluaran wang milik Sabari Baharom, 62, sepanjang tempoh lelaki berkenaan dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, ditanya sama ada wanita itu adalah individu sama yang direkodkan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sewaktu melakukan transaksi wang berkenaan, Fisol enggan mengulas lanjut.
"Siasatan masih dilakukan dan jangan buat sebarang spekulasi kononnya polis tidak melakukan tindakan dan sebagainya.
"Kita nampak kes ini ada perkembangan malah siasatan masih diteruskan sehingga kini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan, seorang pesara pegawai kewangan Felcra dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, di sini pada 3 September lalu.
Kereta Proton Waja yang dipandunya kemudian ditemui penduduk dalam keadaan terbakar di Belantik, Sik. Lelaki itu bagaimanapun tidak ditemui bersama kenderaan berkenaan.
Topic Berkaitan
#pesara hilang
#kereta terbakar
#Sabari Baharom
#pengeluaran wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan