awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara kerajaan rugi hampir RM1 juta diperdaya 'pegawai LHDN', 'Datuk'

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
27/05/2023
10:00 MYT
Pesara kerajaan rugi hampir RM1 juta diperdaya 'pegawai LHDN', 'Datuk'
Polis menerima aduan daripada mangsa yang berumur 74 tahun berhubung kejadian itu pada Sabtu. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang pesara awam berputih mata selepas kerugian RM845,450 akibat diperdaya sindiket ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis, awal bulan ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang berumur 74 tahun berhubung kejadian itu pada Sabtu.
Katanya siasatan mendapati mangsa telah menerima satu panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali ketika berada di rumahnya di sini pada 9 Mei lalu.
Menurutnya individu berkenaan kemudian memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas namanya di Melaka.
“Kemudian, talian telefon pengadu disambung kepada dua orang yang mendakwa sebagai pegawai polis kononnya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka dan mangsa dikatakan terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram.
“Dalam percakapan telefon itu, suspek ketiga yang mendakwa sebagai ‘Datuk’ telah mengarahkan mangsa untuk mengikut arahannya dan memaklumkan maklumat akaun bank serta pergerakan mangsa dari semasa ke semasa kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ujar Mohd Yusri, mangsa kemudian memasukkan wang peribadinya berjumlah RM845,450 melalui mesin deposit tunai (CDM) secara berperingkat kepada 14 akaun bank berlainan dari 10 sehingga 19 Mei, kononnya atas tujuan semakan.
Malah katanya, suspek juga memberi tempoh sebulan kepada wanita itu menjualkan rumahnya kononnya bagi tujuan semakan selain meminta mangsa untuk tidak memaklumkan hal berkenaan kepada sesiapa.
“Perkara itu terbongkar apabila pengadu meminta rakannya untuk mencari ejen bagi penjualan rumah, barulah pengadu sedar bahawa dia telah tertipu oleh suspek,” jelasnya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata insiden itu menunjukkan kesedaran pencegahan jenayah penipuan dalam kalangan masyarakat masih berada pada tahap rendah.
“Polis telah mengadakan pelbagai inisiatif pencegahan terhadap jenayah ini termasuk menganjurkan ceramah pencegahan, mengedarkan maklumat pencegahan melalui media massa dan media sosial, mengeluarkan peringatan melalui siaran media, mewujudkan talian khas jenayah penipuan 997 dan sebagainya, namun kes 'phone scam' sebegini masih berlaku sehingga kini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#phone scam
#LHDN
#menyamar polis
#pesara kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan