awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
07/08/2024
09:30 MYT
Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 73 tahun itu menerima satu pautan daripada seorang individu yang menjanjikan pulangan keuntungan 90 peratus daripada modal yang dilaburkan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang pesara mendakwa kerugian lebih RM650,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang disertainya secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata lelaki berusia 73 tahun itu menerima satu pautan daripada seorang individu yang menjanjikan pulangan keuntungan 90 peratus daripada modal yang dilaburkan.
Beliau berkata warga emas itu yang tertarik dengan tawaran tersebut telah bersetuju untuk membuat pelaburan sebelum melakukan sembilan transaksi ke lima akaun berbeza yang diberikan dengan modal keseluruhan RM655,109.80, bermula 2 Julai hingga 30 Julai lepas.
"Bagaimanapun, mangsa menyedari telah ditipu apabila tidak berjaya membuat pengeluaran duit keuntungan yang dipaparkan pada pautan yang diberikan dan kemudian dimaklumkan oleh suspek bahawa akaun berkenaan telah pun disekat.
"Mangsa bertindak membuat laporan semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan meliputi penglibatan keldai akaun, jika ada. Tindakan akan dikenakan terhadap pemilik akaun terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan pelaburan
#Johor
#warga emas
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan