awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan menyamar pegawai MCMC

Bernama
Bernama
02/06/2025
05:16 MYT
Pesara rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan menyamar pegawai MCMC
Wanita itu melakukan 16 transaksi ke dalam dua akaun yang disyaki 'akaun keldai' selepas diarahkan oleh suspek. - Gambar hiasan
TANGKAK: Seorang pesara kerugian RM108,520 selepas terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pegawai polis.

Ringkasan AI
  • Pesara ditipu RM108,520 oleh individu menyamar: Mangsa diperdaya oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan polis, mendakwa dia terlibat dalam kes penipuan pelaburan serta pinjaman tidak wujud.
  • Mangsa panik dan memindahkan wang ke akaun pihak ketiga: Wanita itu melakukan 16 transaksi ke dalam dua akaun yang disyaki 'akaun keldai' selepas diarahkan oleh suspek.
  • Kes disiasat dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati: Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta menggesa mangsa penipuan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata kejadian bermula apabila wanita berusia 58 tahun itu dihubungi suspek pada 9 Mei lepas yang menyatakan dia terlibat dalam kes penipuan pelaburan dan pinjaman tidak wujud.
Beliau berkata mangsa diberitahu perlu memindahkan wang di dalam akaun miliknya ke dalam akaun bank lain yang dimaklumkan suspek sehingga akaun terbabit selesai diaudit.
"Panik dengan situasi itu, mangsa telah memindahkan wang daripada akaunnya ke pihak ketiga dengan melakukan hingga 16 transaksi ke dalam dua akaun bank yang disyaki 'akaun keldai'," katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai yang menjadi mangsa penipuan supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara ditipu
#sindiket penipuan
#MCMC
#menyamar polis
#Tangkak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami