awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'

Bernama
Bernama
27/01/2025
03:25 MYT
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Mangsa yang kehilangan wang simpanan pencennya membuat laporan polis pada 3.35 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 16 Jan lepas, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi suspek yang mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan penyalahgunaan meter air.
Beliau berkata mangsa kemudiannya diminta menyerahkan semua maklumat perbankan melibatkan tiga akaun bank kononnya untuk tujuan siasatan.
"Mangsa juga diarahkan supaya memasukkan kad debit ke dalam plastik dan meletakkannya di celah pokok di hadapan rumah. Dia kemudian menerima notifikasi pengurangan wang dalam jumlah yang besar daripada ketiga-tiga akaun bank tersebut.
"Wanita itu lantas menghubungi pihak bank untuk menyekat akaun dan mendapatkan penyata. Selepas diperiksa terdapat lebih 55 transaksi pindahan wang ke empat akaun yang dibuat melalui mesin juruwang automatik (ATM)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azli berkata susulan itu mangsa yang kehilangan wang simpanan pencennya membuat laporan polis pada 3.35 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara
#rugi
#phone scam
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan