KUALA LUMPUR: Pameran statik dan demonstrasi penerbangan pesawat komersial buatan China ARJ21 dan C919 buat julung kali diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada Rabu.
Malaysia menjadi destinasi terakhir sempena jelajah lima negara Asia Tenggara selepas Vietnam, Laos, Kemboja dan Indonesia.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong antara yang hadir pada acara itu.
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata reka bentuk dalaman pesawat C919 sangat mesra penumpang dan menjanjikan pengalaman penerbangan lebih selesa.
Beliau turut meluahkan harapan agar lebih banyak pertukaran dan kerjasama dapat dilakukan dengan Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) pada masa hadapan.
Dimaklumkan, siri demonstrasi penerbangan bertujuan untuk menguji kebolehsuaian pesawat komersial buatan China terhadap lapangan terbang dan laluan serta perkhidmatan peralatan sokongan darat (GSE) di lima negara Asia Tenggara.
Menurut COMAC, demonstrasi itu berjaya memperlihatkan prestasi baik pesawat berkenaan sekali gus meletakkan asas untuk menembusi pasaran Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Siri demonstrasi penerbangan bertujuan untuk menguji kebolehsuaian pesawat komersial buatan China terhadap lapangan terbang dan laluan serta perkhidmatan peralatan sokongan darat (GSE) di lima negara Asia Tenggara. - Gambar/ Bernama
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Pesawat ARJ21, C919 buat penampilan sulung di Malaysia
Pameran statik dan demonstrasi penerbangan pesawat komersial buatan China ARJ21 dan C919 buat julung kali diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada Rabu.