Malaysia Airlines menggunakan pesawat Boeing 737 untuk menghantar bekalan dalam misi bantuan banjir ke pantai timur.

Istimewanya, pesawat yang digunakan ialah pesawat Boeing ke-100 yang baru diterima pada 22 Disember lepas.

MAS melalui laman Facebook rasmi berkongsi gambar-gambar bantuan bekalan yang diterbangkan ke kawasan yang terjejas.
mas


Usaha ini mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memuatkan bekalan ke dalam pesawat dan mengagihkannya kepada mangsa banjir.
mas


Pesawat Boeing 737 itu diterbangkan oleh Kapten Shafrul Affendy dan Kapten Ezaddin.
mas