awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat gagal mendarat tiga kali, Noraini kongsi pengalaman menakutkan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2023
23:45 MYT
Pesawat gagal mendarat tiga kali, Noraini kongsi pengalaman menakutkan
Noraini (kiri) berkongsi pengalaman menerusi muat naik di Facebook apabila kapal terbang yang dinaikinya gagal melakukan percubaan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkongsi pengalaman menakutkan apabila kapal terbang yang dinaikinya gagal melakukan percubaan mendarat sebanyak tiga kali.
Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan ketika beliau yang juga Pengerusi Pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mahu menghadiri program agensi tersebut di sana.
Akibat kejadian tersebut, pesawat berkenaan terpaksa berpatah semula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, perasaannya ketika di udara tidak dapat dibayangkan kerana situasi terbabit sangat mendebarkan.
“Pengalaman menakutkan. Cubaan mendarat dilakukan juruterbang sebanyak tiga kali.
“Berpusing-pusing kapal (terbang). Semua perasaan ada. Nak menangis ada, nak muntah ada, nak buang air ada... yang pasti amat menakutkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Tambah Noraini, akhirnya kapal terbang berkenaan terpaksa berpusing semula ke LTSAAS kerana kehabisan bahan api.
“Tak pernah (saya) lalui pengalaman menakutkan seperti ini.
“Terima kasih ALLAH beri peluang (kepada saya) untuk terus berbakti,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tentang punca pesawat terbabit tidak dapat mendarat sama ada faktor cuaca, masalah teknikal atau masalah lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#noraini ahmad
#pesawat gagal mendarat
#Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan