awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat MiG-21 terhempas ketika latihan

Bernama
Bernama
25/12/2021
02:34 MYT
Pesawat MiG-21 terhempas ketika latihan
Pesawat MiG-21 milik Tentera Udara India (IAF). - Foto Facebook/Indian Aerospace Defence News
NEW DELHI: Sebuah pesawat MiG-21 milik Tentera Udara India (IAF) terhempas di negeri Rajasthan, India, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik media tempatan.
Pesawat itu terhempas pada Jumaat ketika menjalani latihan dan setakat ini nasib juruterbangnya belum dapat dipastikan.
"Petang ini, kira-kira 8.30 malam (waktu tempatan), sebuah pesawat MiG-21 IAF kemalangan ketika menjalani latihan. Masih menunggu butiran lanjut," menurut kenyataan IAF.
Laporan media tempatan, memetik polis, pesawat itu terhempas di kawasan Taman Negara Gurun di daerah Jaisalme, Rajasthan.
Menurut IAF, siasatan sedang dijalankan dan lokasi sebenar nahas juga belum didedahkan.
Pada 8 Dis, sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan Coonoor di daerah Nilgiris, Chennai, mengorbankan Ketua Turus Tentera India Jeneral Bipin Rawat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat
#MiG-21
#tentera udara India
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan