awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat tergelincir: Lapangan Terbang Sibu ditutup sementara

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/04/2017
03:02 MYT
Pesawat tergelincir: Lapangan Terbang Sibu ditutup sementara
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Malaysia Airlines di Facebook rasminya, semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sibu pada hari ini dibatalkan.
Lapangan Terbang Sibu kini ditutup buat sementara waktu sehingga 8 malam ini susulan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH2718 tergelincir di lapangan terbang tersebut pada jam 10.17 malam tadi sewaktu hujan lebat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Malaysia Airlines di Facebook rasminya, semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sibu pada hari ini dibatalkan.
"Malaysia Airlines akan menghantar kit pemulihan pesawat dari Kuala Lumpur untuk membawa keluar pesawat B737-800 dari landasan penerbangan.
"Pasukan siasatan pesawat juga dalam perjalanan ke lokasi kejadian. Bagi membolehkan proses pengalihan pesawat itu, Lapangan Terbang Sibu akan ditutup buat sementara waktu hingga 8 malam ini.
"Lantaran itu, Malaysia Airlines membatalkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sibu pada 9 April 2017," memetik kenyataan tersebut.
Justeru, penumpang yang terjejas akan ditempatkan menerusi penerbangan seterusnya.
BACA: Pesawat Malaysia Airlines MH2718 tergelincir di lapangan terbang Sibu
Dalam pada itu, Malaysia Airlines sedang membawa keluar bagasi MH2718 dan akan dihantar segera kepada pemilik yang terlibat.
Dalam kejadian itu, kesemua 61 penumpang dan enam anak kapal dalam pesawat jenis Boeing 737-800 tidak mengalami sebarang kecederaan
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sibu
#Malaysia Airlines
#MH2718
#tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan