awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Elmina: Foodpanda sahkan Muhamad Hafiz 'rider' syarikat

Sinar Harian
Sinar Harian
18/08/2023
09:34 MYT
Pesawat terhempas di Elmina: Foodpanda sahkan Muhamad Hafiz 'rider' syarikat
Foodpanda yang memuat naik poster turut menzahirkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang berasal dari Taman Sidam, Sungai Petani, Kedah. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Syarikat penghantaran makanan dalam talian, Foodpanda mengesahkan Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, pada Khamis, adalah 'rider' syarikat berkenaan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Foodpanda menerusi perkongsian dalam satu hantaran di Facebook, pada Jumaat.
Foodpanda yang memuat naik poster turut menzahirkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang berasal dari Taman Sidam, Sungai Petani, Kedah.
“Dukacita dimaklumkan bahawa rider kita Muhamad Hafiz telah terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas di Elmina pada Khamis.
"Beliau merupakan rider terbaik Foodpanda," tulisnya.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina
Pada Khamis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sepuluh mangsa maut termasuk dua daripadanya membabitkan orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi nahas berkenaan dalam kejadian pada pukul 2.40 petang Khamis.
Selain Muhamad Hafiz, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.
Ia kemudiannya, mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang namun terhempas tiga minit sebelum mendarat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Elmina
#tragedi pesawat elmina
#identiti mangsa
#rider Foodpanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan