NAHAS pesawat yang terhempas di Bandar Elmina pada Khamis menimbulkan tanda tanya tentang kejadian sebenar yang berlaku pada ketinggian 3,000 kaki sehingga 10 nyawa terkorban dalam insiden berkenaan.
Kejadian menyayat hati itu telah membawa kepada penerbitan muka hadapan akhbar Sinar Harian sekali lagi dan rata-rata penceritaan yang dibawa adalah berkenaan kenangan terakhir keluarga dan laporan terkini berikutan nahas.
Rentetan daripada insiden berkenaan, bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines (Mas), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain turut memberi komentar.
Menurut beliau, pesawat berkenaan berkemungkinan hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500 kaki hingga 3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.
Hal ini kerana, beliau memaklumkan bahawa sukar untuk juruterbang melakukan tindakan drastik apabila berada pada altitud tersebut ekoran pesawat yang terbang turun dari aras tinggi mencecah kelajuan 3,000 kaki seminit dan 700 kaki seminit semasa mendarat.
Katanya, jika pesawat hilang kawalan pada pada ketinggian 20,000, juruterbang masih ada masa untuk bertindak, namun tidak sekiranya berada berhampiran dengan permukaan bumi.
Dalam pada itu, terdapat beberapa teori yang berkaitan punca nahas antaranya faktor cuaca, masalah teknikal pesawat, juruterbang pengsan atau tertidur, infrastruktur lapangan terbang mengelirukan dan pesawat dipandu terlalu perlahan.
Bagaimanapun, bekas Ketua Seksyen Latihan (Jurutera Pesawat) Mas, Mohd Affnan Shariffudin Ramli memberitahu, kegagalan sistem tidak semestinya menjadi faktor utama pesawat terhempas akibat hilang kawalan.
Jelas beliau, kapal terbang memiliki kebarangkalian untuk selamat mendarat walaupun salah satu enjin rosak.
Begitupun, segala teori yang dikeluarkan itu hanyalah sekadar andaian semata-mata kerana segala kebenar di sebalik nahas berkenaan tidak akan dapat dirungkai sehingga hasil pemeriksaan dan siasatan tamat dilakukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 19 2023
Anggota pasukan keselamatan mengangkat serpihan pesawat di kawasan nahas pesawat terhempas, Shah Alam, 18 Ogos 2023. - Gambar fail BERNAMA
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut
Mangsa pertama dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR menaiki van jenazah pada pukul 9.27 pagi dan terakhir pada pukul 11.35 pagi.
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.
Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas
Jenazah kesemua mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga secara berperingkat bermula pagi ini.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini
Jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira jam 9 pagi.
Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga
Jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya.
Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan
Siasatan teknikal berdasarkan ICAO Annex 13 dimulakan oleh pasukan BSKU bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris
Beberapa individu dipercayai waris mangsa terlibat dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR.
Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya
Menurut Nik Ahmad Huzlan, pesawat mungkin hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500-3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.
Pesawat terhempas di Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'
Allahyarham rakan sejawat yang cukup memahami, sahabat paling rapat dan jadi tempat berkongsi pandangan serta luahan perasaan selama ini.