awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Pesawat terhempas Elmina: Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2023
10:31 MYT
Pesawat terhempas Elmina: Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor
Hussein berkata, pesawat berkenaan sudah diberi kebenaran untuk mendarat pada jam 2.40 petang. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
SHAH ALAM : Pusat Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) tidak menerima sebarang makluman pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) menghadapi masalah sebelum dikesan terhempas di Elmina, Seksyen U16, dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat berkenaan sudah diberi kebenaran untuk mendarat pada jam 2.40 petang.
"Bagaimanapun komunikasi antara pesawat dan menara kawalan dilaporkan terputus sebelum dikesan terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Guthrie.
"Pesawat disahkan terhempas dua minit sebelum mendarat sekitar jam 2.38 petang," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkaitan mengenai perkara itu.
"Apa yang saya dapat sahkan bahawa tiada sebarang panggilan kecemasan dibuat," katanya.
Info:
-Pesawat ringan Beechcraft 390 (Premier 1) yang dinaiki dua juruterbang dan enam penumpang
-Pesawat berlepas dari Langkawi menuju ke LTSAAS Subang.
-Dijadual mendarat di LTSAAS pada jam 2.40 petang.
-Jarak udara kedudukan lokasi terhempas kira-kira 1.5 kilometer LTSAAS.
-Pesawat merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal.
-Penumpang kereta dan penunggang motosikal disahkan maut di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#isyarat kecemasan
#polis
#Elmina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.