awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas: Laluan keluar masuk Persimpangan Elmina ditutup sementara - Prolintas

Bernama
Bernama
17/08/2023
10:53 MYT
Pesawat terhempas: Laluan keluar masuk Persimpangan Elmina ditutup sementara - Prolintas
Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telah ditutup sementara waktu berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan, hari ini.
Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.
"Menurut laporan awal, kemalangan turut melibatkan sebuah motosikal. Pihak bomba, polis, ambulans dan Peronda GCE kini berada di lokasi kejadian untuk membersihkan serpihan nahas dan mengawal trafik," menurut kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.
Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800 22 8888.
Menurut laporan media, 10 lelaki maut selepas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Elmina
#tutup jalan
#Guthrie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan