awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas: Waris Fajim Juffa layak terima bantuan faedah Perkeso

Bernama
Bernama
06/08/2022
11:08 MYT
Pesawat terhempas: Waris Fajim Juffa layak terima bantuan faedah Perkeso
Dalam nahas 1 Ogos itu, Fajim Juffa terkorban apabila pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 Warrior II dikendalinya terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Waris Allahyarham Fajim Juffa Mohd Mustafa Kamal, jurulatih penerbangan yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Ipoh, Perak pada 1 Ogos lepas, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Perkeso dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Fajim Juffa menerusi warisnya layak menerima bantuan Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) menerusi Skim Bencana Pekerjaan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) memandangkan nahas itu berlaku ketika Allahyarham sedang menjalani latihan penerbangan malam.
Kenyataan itu menyebut, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed telah menyantuni waris juruterbang yang juga seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia itu serta menyampaikan kedua-dua bantuan faedah berkenaan.
Kemalangan Pesawat | CAAM mula siasatan, lokasi insiden dikawal ketat
"Waris telah menerima bayaran FPM sebanyak RM2,000 untuk sekali bayar pada 3 Ogos lepas, manakala bayaran FOT sebanyak RM3,555 setiap bulan akan disalurkan kepada balunya (Hayati Nawi, 50,) untuk seumur hidup dan anaknya (Fatini Nadia Qistina Fajim Juffa, 17) sehingga usia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama.
"Adalah menjadi harapan Perkeso agar bantuan faedah ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban dan memberi semangat kepada waris dan keluarga Allahyarham untuk meneruskan kehidupan," maklum kenyataan itu.
Dalam nahas pada kira-kira 8 malam itu, Fajim Juffa, 52, terkorban apabila pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 Warrior II dikendalinya terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng di Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Ipoh
#Fajim Juffa
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan