PUTATAN:Semua golongan berpendapatan rendah dan miskin yang berdaftar dengan e-Kasih di Sabah akan mendapat bantuan 'bakul makanan' tidak lama lagi.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Shahelmey Yahya berkata peruntukan bantuan 'bakul makanan' sebelum ini hanya melibatkan individu atau keluarga yang diletakkan dalam dua kategori iaitu keluarga yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan keluarga yang mempunyai isi rumah yang kuarantin diri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun katanya, minggu lalu kerajaan negeri memutuskan untuk turut menyalurkan bantuan tersebut kepada peserta e-Kasih.
"Minggu lepas kerajaan negeri Sabah memutuskan bahawa mereka akan memasukkan golongan daripada e-Kasih untuk menerima bakul makanan.
"Selain itu, Bantuan Prihatin Kerajaan Negeri Sabah yang berupa bantuan kewangan sebanyak RM300 juga telah mula disalurkan kepada akaun-akaun penerima yang disasarkan," katanya yang ditemui selepas menyampaikan bantuan bakul makanan bersempena program Growing Healthy di Kampung Pasir Putih, Putatan pada Isnin.
Program tersebut adalah penyampaian bantuan kepada kanak-kanak kurang zat makanan dan di Putatan sahaja terdapat 100 keluarga yang disenaraikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Menyentuh berkenaan Bantuan Prihatin Kerajaan Negeri Sabah, Shahelmey berkata terdapat beberapa lagi kementerian yang turut bertanggungjawab bagi penyaluran bantuan secara one-off tersebut.
"Di bawah kemeterian yang saya terajui terdapat 5 kategori penerima iaitu yang berada dalam kebajikan am kumpulan rentan, ibu tunggal, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan juga kanak-kanak OKU dan anak yatim.
"Kementerian lain turut terlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Mananan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kerja Raya.
"Dengan ini kita akan dapat melihat penyaluran bantuan lebih luas dan ramai rakyat yang terkesan akibat COVID-19 menerima bantuan kewangan selain bantuan bakul makanan," katanya.
Tambahnya sehingga Ahad lebih 148,000 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di kawasan PKPD dan PKPB dan menjangkakan bilangan penerima akan bertambah susulan pengumuman baharu oleh kerajaan negeri tersebut.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Nov 09 2020
Shahelmey (dua dari kiri) sewaktu menyampaikan bantuan bakul makanan bersempena program Growing Healthy di Kampung Pasir Putih, Putatan pada Isnin. - Astro AWANI
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tipu bantuan e-Kasih: Buruh dihukum penjara, sebat lagi
Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara, sebat lagi
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Parti politik termasuk pembangkang, boleh sewa dewan orang ramai - MB Perak
Kerajaan Perak membenarkan semua parti politik termasuk pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai melalui kaedah sewaan.
Lebih 25 peratus miskin tegar tidak berminat program menjana pendapatan - Rafizi
Mereka lebih berminat untuk terus menerima bantuan tunai termasuk melalui sistem e-Kasih dan kurang berminat terhadap program menjana pendapatan.
Perak tubuh Skuad Up2Date percepat kemas kini data e-Kasih
Penubuhan itu bagi memastikan data serta maklumat peserta e-Kasih sentiasa dikemas kini.
Perkeso bakal lindungi suri rumah mulai 2022
Golongan suri rumah yang dilanda musibah akan mendapat pembelaan melalui skim caruman Perkeso.
MAIWP sumbang bantuan bulanan kepada 21,556 keluarga fakir, miskin di KL
MAIWP memperuntukkan RM131.39 juta zakat setahun bagi Bantuan Kewangan Bulanan kepada fakir dan miskin termasuk asnaf muallaf dan ar-riqab di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
10,200 keluarga miskin di Kuala Lumpur dalam data e-Kasih - Mustapa Mohamed
Jumlah itu merangkumi 6,800 keluarga berada dalam kategori miskin dan 4,400 keluarga dalam kategori miskin tegar.
Kemiskinan: Kerajaan peruntuk RM6.8 juta naik taraf e-Kasih - Muhyiddin
Kerajaan juga menyedari bahawa sistem lama yang digunakan ketika ini tidak begitu berkesan.
eKasih bantu kurangkan beban penduduk akibat COVID-19
Portal itu menjadi pilihan utama penduduk selepmanfaatnya dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.