awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Profesor MIT ditembak mati di rumahnya di Massachusetts

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2025
23:30 MYT
Profesor MIT ditembak mati di rumahnya di Massachusetts
Pelajar melintasi 'Great Dome' yang terletak di atas Bangunan 10 di kampus MIT di Cambridge, Massachusetts. - Foto fail/AP
BOSTON: Seorang profesor kanan di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Nuno F G Loureiro, maut selepas ditembak di kediamannya di Brookline, pinggir bandar Boston, Isnin malam.
Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Norfolk, pihak polis menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.30 malam selepas bunyi tembakan kedengaran di kawasan Gibbs Street.
Loureiro, 47, ditemui dengan kesan tembakan dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.
Loureiro merupakan profesor dalam bidang Kejuruteraan Sains Nuklear dan Fizik di MIT, serta Pengarah Pusat Sains Plasma dan Gabungan Nuklear institusi tersebut.
Beliau juga dikenali sebagai tokoh terkemuka dalam bidang fizik plasma dan tenaga boleh diperbaharui.
MIT dalam satu kenyataan menyatakan rasa dukacita atas kehilangan tersebut dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, pelajar serta rakan sekerja mendiang.
“Kami amat berdukacita atas pemergian Profesor Loureiro. Beliau adalah ahli akademik yang dihormati dan disayangi ramai,” kata jurucakap universiti itu.
Setakat ini, siasatan kes masih berjalan dan pihak berkuasa belum mendedahkan sebarang motif atau suspek yang terlibat.
Polis Negeri Massachusetts dan Unit Jenayah Berat Brookline sedang bekerjasama dalam siasatan kes bunuh ini.
Topic Berkaitan
#profesor MIT
#ditembak mati
#Nuno F G Loureiro
#Kejuruteraan Sains Nuklear dan Fizik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan