MALAYSIA
Peserta perarakan pertahan kebebasan kehakiman patuh Akta Perhimpunan Aman - Polis

Kira-kira 600 ahli MPM telah hadir ke Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman di Putrajaya pada Isnin. - Gambar fail/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Peserta yang menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman di Putrajaya pada Isnin mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ringkasan AI
- Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman anjuran Majlis Peguam Malaysia di Putrajaya berlangsung aman dan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012, dengan penyertaan kira-kira 600 ahli.
- Perarakan bertujuan menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri, termasuk desakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan pengisian segera kekosongan jawatan hakim.
- Peserta hadir berpakaian hitam sebagai simbol solidariti dan membawa plakad menuntut ketelusan serta tindakan segera terhadap krisis keyakinan terhadap institusi kehakiman negara.
"Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan gangguan urusan pelantikan dan keputusan kehakiman serta menggesa pengisian segera kekosongan jawatan hakim," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohamed Usuf berkata, seramai kira-kira 600 ahli MPM telah hadir dalam perhimpunan tersebut.
"Perhimpunan itu berlangsung dengan baik dan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Pihak polis membuat kawalan sepanjang himpunan berlangsung bagi mengekang daripada sebarang insiden berlaku," ujarnya.
Pada Isnin, media melaporkan perarakan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri melibatkan isu kebebasan dan integriti badan kehakiman negara.
Peserta perarakan hadir dengan pakaian hitam sebagai simbol solidariti dan membawa plakad menuntut ketelusan dalam pelantikan kehakiman serta mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap krisis keyakinan terhadap institusi kehakiman negara. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami