awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta Bola Ngoca imbau nostalgia aktiviti di sawah

Bernama
Bernama
11/12/2021
13:06 MYT
Pesta Bola Ngoca imbau nostalgia aktiviti di sawah
Acara sukan bola sepak sawah itu, seiring dengan misi industri pelancongan iaitu 'Malaysia - Destinasi Lestari Kaya Budaya'. - Gambar/ Facebook Aminuddin Harun
KUALA PILAH: Sebagai tarikan baharu pelancongan Pesta Bola Ngoca di Negeri Sembilan, mengajak pengunjung mengimbau nostalgia aktiviti tradisional 'mengoca' iaitu menangkap ikan di sawah padi, yang sinonim dengan penduduk di daerah ini di Tapak Ngoca, Kampung Budaya Terachi di sini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata acara sukan bola sepak sawah itu, seiring dengan misi industri pelancongan iaitu 'Malaysia - Destinasi Lestari Kaya Budaya' dan dijangka menarik 10,000 pengunjung ke pesta tersebut.
Beliau berkata acara tahunan itu turut dimeriahkan dengan aktiviti lain seperti 'mengoca' ikan, memanjat tiang licin, menangkap itik, gusti bantal dan basikal titi, di lapan petak sawah berkeluasan dua hektar.
"Penyertaan pada pesta ini amat mengalakkan, daripada 128 pasukan termasuk peserta dari negeri lain seperti Kedah dan Terengganu. Rumah inap di sekitar daerah ini juga penuh ditempah.
"Pengalaman bermain di sawah ini telah menjadi satu aktiviti yang semakin jarang dilakukan oleh generasi muda, jadi inilah masanya golongan berkenaan terus memartabatkan aktiviti tradisional ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bola Ngoca di Tapak Ngoca, Kampung Budaya Terachi di sini.
Aminuddin berkata sejumlah RM840,000 diperuntukkan bagi membina arena bola ngoca tersebut, yang dilengkapi kemudahan tempat mandi kepada pengunjung.
Beliau berkata tapak pesta itu merupakan kawasan penanaman padi di atas tanah rizab seluas 4.04 hektar (10 ekar) di bawah kendalian pegawai daerah dan melalui inisiatif kerajaan negeri, Kampung Budaya Terachi itu turut dibangunkan sebagai tempat tarikan makanan tradisional.
Katanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut menyalurkan RM3 juta bagi menaik taraf blok B Kampung Budaya Terachi sebagai lokasi pelancongan, serta merancakkan ekonomi rakyat negeri ini.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) Mohd Faizal Abdul Manap berkata pihaknya juga membenarkan penduduk setempat di sini menuai padi apabila tiba musim menuai.
"Kita mahu mengekalkan aktiviti penanaman padi di sini, kami juga mempunyai perancangan berkenaan padi di sini iaitu apabila selesai kerja naik taraf blok B Kampung Budaya Terachi itu nanti, kita akan pasarkan produk beras padi Seri Menanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesta Bola Ngoca
#Aminuddin Harun
#bola sepak
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan