IPOH: Pendedahan terhadap kesenian dan kebudayaan masyarakat dari Bandar raya Nanning, China dan Kota Medan, Indonesia adalah antara pengisian menarik Pesta Budaya Nusantara dan Pameran Kereta Klasik sempena ulang tahun bandaraya Ipoh ke-35 yang berlangsung 8 hingga 12 Jun ini.
Pameran yang bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh itu diadakan antaranya bertujuan menyemarakkan perpaduan dalam kalangan warga bandar Ipoh.
"Pameran yang turut memeriahkan sambutan Tahun Melawat Ipoh 2023 ini menawarkan program kesenian dan kebudayaan masyarakat yang melibatkan pelbagai budaya di Nusantara termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)," menurut Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan.
Selain menerima penyertaan daripada Gema Warisan Budaya MBI, Kumpulan Gerakan Seni Alam, Ipoh dan Kumpulan Jas Dhol Bhangra, Ipoh, turut diadakan jualan makanan dan minuman viral sepanjang program berlangsung yang disajikan oleh Rohaizad Setia Trading bermula pukul 10 pagi hinga 11 malam.
"Pesta kebudayaan ini turut menyediakan permainan taman tema kanak-kanak karusel, rumah hantu dan petting zoo untuk memeriahkan lagi program.
"Pameran kereta klasik juga akan diadakan pada 10 Jun melibatkan 20 jenis kereta dari dalam dan luar negara yang mengambil bahagian," katanya.
Pada 12 Jun turut diadakan Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Selain menerima penyertaan daripada Gema Warisan Budaya MBI, Kumpulan Gerakan Seni Alam, Ipoh dan Kumpulan Jas Dhol Bhangra, Ipoh, turut diadakan jualan makanan dan minuman sepanjang program berlangsung. - Gambar Pesta Budaya Nusantara @Ipoh2023
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ipoh Town Hall bakal jadi pusat unggul aktiviti seni
Ipoh Town Hall, bangunan kolonial British berusia 108 tahun yang terletak di tengah-tengah bandar ini bakal berubah wajah.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
4 bazar Ramadan di Ipoh laksana MySave Food, elak makanan terbuang
Menerusi program MySave Food lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip dan diagih kepada golongan yang memerlukan.
Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.
MBI senarai hitam penganjur, peniaga sewakan lot bazar Ramadan
Mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.
Tiada pilih bulu, MBI tetap pegang janji pindahkan penjaja Padang Polo
Rumaizi berkata, pihaknya tetap berpegang pada janji untuk menempatkan para penjaja di lokasi baharu iaitu Saji Sejahtera@Polo.
MBI ambil tindakan premis diubah suai tidak ikut spesifikasi
Katanya, tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap pemilik premis yang dipercayai menyewakannya kepada warga asing.
MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar
Malaysia, MBI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah terpilih untuk melaksanakan projek perintis itu.