awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta Gendang Nusantara 2024 raih dua pengiktirafan MBOR

Bernama
Bernama
07/01/2024
02:30 MYT
Pesta Gendang Nusantara 2024 raih dua pengiktirafan MBOR
Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam memalu gendang sebagai gimik perasmian Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024 bersempana Tahun Melawat Melaka 2024 di Dataran Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah malam tadi. - Gambar Bernama
MELAKA: Pesta Gendang Nusantara 2024 meraih dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori First "Gendang Nusantara" Performance dan Most Performers in a "Gendang Nusantara" Performance pada majlis persembahan perdana pesta berkenaan di sini malam tadi.
Dua sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dan disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Shadan berkata, Pesta Gendang Nusantara mula dianjurkan pada 1995 bagi meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi penggendangan di Malaysia dan nusantara selain memartabatkan nama Melaka sebagai negeri yang kaya dengan budaya dan warisan.
"Pesta ini juga disertai oleh 32 kumpulan dari Malaysia, nusantara dan luar negara seperti Poland, Sri Lanka, Korea dan Thailand membabitkan 550 peserta yang beraksi mempamerkan seni penggendangan dari negara masing-masing.
"Pesta ini juga merupakan satu pertandingan penggendangan yang dianjurkan bermula 2 hingga 6 Jan dan bagi persembahan perdana malam ini, kira-kira 10,000 pengunjung hadir untuk menyaksikannya," katanya kepada pemberita selepas Pesta Gendang Nusantara 2024 yang berlangsung di Dataran MBMB, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Shadan berkata, Pesta Gendang Nusantara 2024 merupakan acara pembuka tirai bagi program Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), sekali gus mengetengahkan silang budaya antara negara terlibat dalam aspek seni penggendangan.
Beliau berkata, penganjuran pesta berkenaan juga bertujuan memperkenalkan seni penggendangan kepada generasi muda di negara ini, sekali gus memelihara seni dan warisan berkenaan agar tidak dilupakan.
Pada Pesta Gendang Nusantara 2024, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima Anugerah Persembahan Terbaik yang membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM5,000, manakala Anugerah Gubahan Lagu Terbaik dimenangi oleh kumpulan gendang dari Medan - Sumatera Utara yang turut membawa pulang hadiah sama.
Bagi kategori Alat Muzik Terunik pula, anugerah itu dimenangi oleh kumpulan gendang dari Sri Lanka yang turut membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM5,000. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesta Gendang Nusantara 2024
#Malaysia Book of Records
#Tahun Melawat Melaka 2024
#budaya dan tradisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan