KETUA jurulatih skuad Tajikistan, Petar Segrt, mendedahkan bahawa pasukannya kehilangan 15 pemain menjelang aksi final Pestabola Merdeka menentang skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Selain itu, Segrt, yang tidak dapat menyaksikan pertemuan di antara Harimau Malaya dan India sewaktu aksi pertama pada Jumaat lalu kerana demam panas, turut berharap pengadil perlawanan akhir itu dapat memberikan mutu pengadilan terbaik agar tiada lagi isu berbangkit.
Sebagai rekod, Malaysia layak ke final dengan menewaskan India 4-2 di Stadium Nasional tetapi beberapa keputusan pengadil mencetuskan rasa tidak puas hati lawan itu, terutama melibatkan jaringan ketiga India yang tidak disahkan biarpun bola kelihatan sudah melepasi garisan gol.
"Maaf saya tidak dapat menonton perlawanan itu kerana demam panas tetapi barisan kejurulatihan saya ada di sana dan saya amat mempercayai mereka," katanya dalam sidang media.
"Saya hanya boleh bercakap dengan apa yang saya tonton daripada rakaman video.
"Seperti yang saya katakan, pasukan anda beraksi dengan amat luar biasa tetapi anda agak bernasib baik dengan pengadil.
"Dengan situasi itu, saya harap pengadil esok dapat memberikan keputusan yang lebih tepat.
"Tetapi ini adalah bola sepak, kami juga berdepan kesukaran.
"Anda memiliki pemain yang hebat, saya gemari gaya permainan pasukan anda, saya gemari pemain anda.
"Kami pernah menewaskan anda dalam Piala Raja Thai tahun lalu tetapi bagi perlawanan ini, kami kehilangan 15 pemain. Mereka menghadapi masalah di Tajikistan kerana juara liga, Istiklol, tidak dapat melepaskan pemain mereka.
"Mereka merupakan pemain utama kami, termasuk juga ketua pasukan kami, jadi ia bukan pasukan yang sama ketika kami menewaskan Malaysia.
"Esok mungkin kami akan menurunkan pasukan paling muda di dunia dengan purata umur 21 tahun," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Mon Oct 16 2023
Segrt bercakap dalam sidang media menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka esok. - Foto FAM
Hamas belum setuju perjanjian, sangsi pendirian Israel
Hamas tidak akan mampu bersetuju dengan perjanjian lengkap jika ia tidak mampu menjamin pendirian israel dalam perjanjian gencatan senjata kekal dan pengunduran sepenuhnya dari gaza.
Menurut pemimipin kanan hamas, osama hamdan pada selasa, israel tidak konsisten dengan pendirian yang diutarakan presiden as, joe biden dalam ucapannya berhubung gencatan senjata kekal dan penarikan diri secara menyeluruh.
Menurut pemimipin kanan hamas, osama hamdan pada selasa, israel tidak konsisten dengan pendirian yang diutarakan presiden as, joe biden dalam ucapannya berhubung gencatan senjata kekal dan penarikan diri secara menyeluruh.
Slovenia iktiraf Palestin dengan undi majoriti Parlimen
Parlimen Slovenia meluluskan pengiktirafan negara Palestin dengan undi majoriti pada Selasa, mengikuti jejak langkah Sepanyol, Ireland dan Norway.
Daripada 27 ahli Kesatuan Eropah, Sweden, Cyprus, Hungary, Republik Czech, Poland, Slovakia, Romania dan Bulgaria telah pun mengiktiraf negara Palestin.
Daripada 27 ahli Kesatuan Eropah, Sweden, Cyprus, Hungary, Republik Czech, Poland, Slovakia, Romania dan Bulgaria telah pun mengiktiraf negara Palestin.
Hamas perlu terima gencatan senjata jika benar wakili Palestin
Jabatan Negara tegaskan jika Hamas benar-benar wakili penduduk Palestin, mereka perlu terima perjanjian gencatan senjata demi mengakhiri konflik dan membangunkan semula Gaza.
Cabaran semakin tinggi halang bantuan ke Gaza
Ketua Kemanusiaan PBB, Martin Griffiths, menegaskan cabaran semakin meningkat menghalang bantuan ke Gaza, menyebabkan operasi kemanusiaan sukar dirancang.
Biden sangkal dakwaan Netanyahu hadapi masalah politik di Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyangkal dakwaan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu cuba bermain politik dengan perang di Gaza.
19 terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis di Gaza
Sekurang-kurangnya 19 orang di tengah dan selatan Gaza termasuk dua anggota polis terbunuh dalam serangan udara oleh rejim zionis pada Selasa.
Menurut penduduk, tujuh belas daripada kematian itu, berlaku dalam serangan udara berasingan Israel di kem pelarian al-Bureij dan al-Maghazi dan bandar Deir-al-Balah di tengah Gaza.
Menurut penduduk, tujuh belas daripada kematian itu, berlaku dalam serangan udara berasingan Israel di kem pelarian al-Bureij dan al-Maghazi dan bandar Deir-al-Balah di tengah Gaza.
Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan
Langkah-langkah mitigasi yang diambil mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air secara jangka pendek dan panjang.
Malaysia akan dukung prinsip, gerakkan kepaduan sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Beliau berkata ASEAN dan Asia Tenggara telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam pelbagai bidang.
Jojo Ghazali, skuad takraw kebangsaan dipilih penerima Anugerah Khas SAM
Ia susulan pencapaian membanggakan atlet tersebut pada tahun lalu, sekali gus melayakkan mereka menerima anugerah berkenaan tahun ini.
Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir
PM komited meningkatkan daya saing Thailand melalui langkah-langkah baharu yang bertujuan memudah cara pemprosesan pelbagai jenis visa.
'Siapa pun tak sangka kami menang' - Segrt
Menurutnya, kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan mereka berhak menjuarai kejohanan tersebut.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Oktober 2023.
Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka
Hasrat Malaysia untuk merangkul piala Pestabola Merdeka buat kali ke-13 tidak kesampaian apabila pasukan kebangsaan tumpas di tangan Tajikistan dengan keputusan dua jaringan tanpa balas.
Pestabola Merdeka: 'Terbang dari Sarawak demi Harimau Malaya'
Penyokong sanggup hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023.
Pestabola Merdeka: Segrt dedah Tajikistan hilang 15 pemain, harap pengadil buat keputusan tepat
Jurulatih Tajikistan dedah pasukannya kehilangan 15 pemain menjelang aksi final Pestabola Merdeka malam esok.
Pan-gon sudah jangka padang akan rosak
Kim Pan-gon mengakui sudah menjangkakan keadaan padang baharu Stadium Nasional, Bukit Jalil akan rosak selepas pertama kali digunakan dalam aksi Pestabola Merdeka.
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final selepas baham India 4-2
Harimau Malaya berjaya mempamerkan taring sebenar dan hanya selangkah daripada merangkul gelaran ke-13 Pestabola Merdeka dengan mengejutkan India, 4-2.
FAM perlu ada pelan sokongan
Irfan Bakti berkata, perancangan akan memastikan penganjuran Pestabola Merdeka berjalan lancar dan tidak menjejaskan objektif pasukan negara.
Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa
Zainal Abidin, Chin Aun imbas kenangan sertai skuad kebangsaan pada 1980.
Pestabola Merdeka: Junior tekad ulangi magis 10 tahun lepas
Tonggak pertahanan negara Junior Eldstal tekad mengulangi detik manis membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada edisi 2023 yang dijadual berlangsung Jumaat dan 17 Okt ini.