PETALING JAYA: Tonggak pertahanan negara Junior Eldstal tekad mengulangi detik manis membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada edisi 2023 yang dijadual berlangsung Jumaat dan 17 Okt ini.
Pemain kelab Liga 1 Indonesia Dewa United itu berkata pencapaian yang dilakar bersama skuad Harimau Muda pada edisi 2013 di Kuantan, Pahang merupakan antara memori indah sepanjang kariernya di atas padang.
"Sudah tentu mahu ulang balik, ketika itu saya dapat jaringkan gol lagi ketika bermain sebagai pemain tengah tetapi sekarang nak naik di bahagian atas agak sukar.
"Harap-harap kita mampu melakar satu lagi sejarah pada edisi kali ini," katanya kepada pemberita pada hari kedua kem latihan pusat Harimau Malaya di sini pada Ahad.
Junior merupakan penjaring kedua Malaysia pada masa kecederaan babak kedua sewaktu membantu skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengesahkan kejuaraan buat kali ke-12 dengan menewaskan Myanmar 2-0 pada final edisi 2013, yang juga kali terakhir kejohanan itu berlangsung.
Meskipun menyedari persaingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, pemain berusia 32 tahun itu optimis hubungan baik beliau dengan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon sedikit sebanyak membantunya untuk diberikan kepercayaan diturunkan pada edisi ke-42 kejohanan itu nanti.
Beliau berkata prestasi memberangsangkan skuad kebangsaan mengikat dua pasukan di kelompok 100 dunia iaitu Syria (ke-90) 2-2 dan China (ke-81) 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu bulan lepas melonjakkan semangat mereka untuk tampil lebih garang pada Pestabola Merdeka 2023.
Muka baharu yang juga penjaga gol Terengganu FC Mohd Suhaimi Husin pula tidak menyangka prestasi baiknya musim ini dapat memikat hati Pan Gon untuk dipanggil menyertai kem latihan pusat kali ini.
"Pada mulanya memang gementar namun lama-kelamaan perasaan itu hilang selepas dapat cipta keserasian dengan pemain lain," katanya yang berharap dapat menjelmakan aksi cemerlang sekiranya diturunkan kelak.
Malaysia, yang muncul pasukan paling banyak memenangi Pestabola Merdeka dengan 12 gelaran, akan membuka tirai saingan 2023 menentang India Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejohanan empat pasukan itu juga akan menyaksikan Palestin menentang Tajikistan dalam satu lagi perlawanan bagi penentuan untuk ke final sama ada menentang Malaysia atau India pada 17 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Junior berkata pencapaian yang dilakar bersama skuad Harimau Muda pada edisi 2013 di Kuantan, Pahang merupakan antara memori indah sepanjang kariernya di atas padang. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri
Vicente kekal fokus kepada pasukan sedia ada dan yakin dengan kualiti skuad Harimau Malaya, selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada final Pestabola Merdeka 2024
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya tagih sokongan peminat tamatkan kemarau
Malaysia berpeluang menamatkan kemarau 11 tahun apabila berdepan Lubnan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 esok.
Pestabola Merdeka: Peluang terhidang harus diterjemah kepada jaringan - Pau Marti
Pau Marti, berpandangan Malaysia harus menggunakan setiap peluang terhidang untuk melakar kemenangan dalam aksi penentuan bertemu Lubnan.
Vicente anggap kemenangan Harimau Malaya ke atas Filipina langkah penting
Pau Marti Vicente menganggap kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Filipina pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 malam tadi sebagai langkah penting.
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final, tundukkan Filipina 2-1
Kejayaan itu membolehkan Malaysia meneruskan misi mendakap kejuaraan Pestabola Merdeka apabila dijadual bertemu Lubnan di pentas final Ahad ini di venue sama.
'Harimau Malaya bermain untuk penyokong' - Syamer
Skuad Harimau Malaya akan tampil dengan persembahan terbaik untuk kembali menambat hati penyokong pada aksi Pestabola Merdeka menentang Filipina.
Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.
Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.
Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.