awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petai dijangka laris di Malaysia Fest 2022 Singapura

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/08/2022
05:54 MYT
Petai dijangka laris di Malaysia Fest 2022 Singapura
Petai dijangka terus mendapat sambutan tinggi sempena Malaysia Fest 2022 Singapura yang akan berlangsung dari 25 hingga 28 Ogos ini.
IPOH: Petai dijangka terus mendapat sambutan tinggi sempena Malaysia Fest 2022 Singapura yang akan berlangsung dari 25 hingga 28 Ogos ini.
Sehubungan itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) Perak membawa masuk 3,000 papan petai di negara tersebut.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin juga yakin jualan petai itu akan habis dalam tempoh 20 minit.
“Saya yakin habis dalam masa 20 minit sebab petai memang menjadi antara barangan yang mereka tunggu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pelepasan produk usahawan Perak ke Malaysia Fest 2022 Singapura, di sini, hari ini.
Menurutnya, pihak FAMA cuba untuk membawa lebih banyak petai ke program berkenaan tetapi bekalannya sukar diperolehi
Astro AWANI dimaklumkan petai itu akan dijual pada harga S$5 (RM16) untuk tiga papan.
Sebelum ini, FAMA pernah membawa masuk 10,000 papan petai di bawah program Jualan Terus Dari Ladang sempena Malaysia Fest 2019 di republik tersebut.
Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk Singapura 'penghantaran' pertama sebanyak 4,000 papan terpaksa ditambah.
Petai tersebut dibawa khas dari negeri Perak, yang sememangnya terkenal dengan komoditi itu.
Topic Berkaitan
#Petai
#petai di Singapura
#Malaysia Fest 2022
#petai dijangka laris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan