Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Raya Aidiladha ditetapkan petang 24 Sept bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Lokasi lain: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan