awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petani, penternak dan nelayan terjejas banjir diminta lapor kerosakan harta benda

Bernama
Bernama
24/10/2025
07:40 MYT
Petani, penternak dan nelayan terjejas banjir diminta lapor kerosakan harta benda
KPKM akan meneliti laporan berkenaan dan menyalurkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban golongan terbabit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petani, penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir diminta segera melaporkan sebarang kerosakan harta benda atau kehilangan sumber pendapatan kepada pejabat pertanian atau agensi berkaitan terdekat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementeriannya akan meneliti laporan berkenaan dan menyalurkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban golongan terbabit.
"Bang Mat menzahirkan rasa simpati amat mendalam kepada semua mangsa banjir di beberapa negeri yang kini sedang berdepan ujian berat. Kepada semua yang terjejas, banyakkan bersabar dan kuatkan semangat.
"Ujian ini pasti ada hikmahnya. Pihak kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan sedang turun ke lapangan bagi menyalurkan bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa dijaga," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau dalam pada itu turut menghargai jasa semua pasukan penyelamat, anggota agensi kerajaan, sukarelawan dan rakyat yang membantu mangsa banjir selain mendoakan agar cuaca segera pulih serta semua mangsa diberi perlindungan dan kekuatan menghadapi dugaan itu.
Setakat 8 pagi tadi, situasi banjir di Perak bertambah buruk apabila 2,171 penduduk daripada 759 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan sementara (PPS) manakala di Kedah, sebanyak 206 penduduk dipindahkan ke tiga PPS yang baru dibuka di Kulim malam tadi.
Sementara di Pulau Pinang, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri Awang Had Salleh di Kampung Perlis, awal pagi tadi berikutan hujan lebat sejak petang semalam yang turut menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan dan cerun runtuh di Jalan Tun Sardon.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Mohamad Sabu
#petani
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan