KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang didakwa atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu ditangguhkan pada 3 Mei depan selepas bekas menteri itu diarahkan menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Peguam Datuk D. Senthinathan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dikenakan perintah kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April depan.
“Oleh itu, saya memohon satu penangguhan untuk perbicaraan kes hari ini,” kata peguam itu.
Hari ini sepatutnya hari kelima perbicaraan kes berkenaan dengan saksi pendakwaan kesembilan, bekas Pengerusi ULink Property Sdn Bhd Datuk Abdullah Mohd Said menyambung keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata dalam keadaan sebegini, beliau tidak membantah permohonan penangguhan itu namun untuk rekod mahkamah, kelima-lima saksi dari Sabah hadir untuk memberi keterangan pada hari ini.
“Saya mohon beberapa tarikh perbicaraan baharu sebagai persediaan sekiranya berlaku kemungkinan pihak-pihak lain perlu menjalani kuarantin terutamanya musim COVID-19.
“Pada tarikh akan datang, pihak kami bercadang untuk memanggil saksi dari Semenanjung iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta memanggil semula bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Datuk Seri Hashmuddin Mohamad untuk pemeriksaan balas,” katanya.
Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan 3, 4 dan 19 Mei, 26 dan 27 Julai, 23 dan 27 Ogos, 29 dan 30 Sept, 28 dan 29 Okt serta 15 dan 16 Nov depan sebagai tarikh baharu perbicaraan.
Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa melakukan sesuatu pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.
Dia juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu dan beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu di tempat dan masa yang sama.
Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021
Peter didakwa melakukan sesuatu pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu. - Gambar fail
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.