KUALA LUMPUR : Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Microsoft Corp bagi memperkasakan transformasi digital di sektor awam dan swasta.
Syarikat minyak negara itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada bidang utama asas digital merangkumi kemahiran bakat dan ketersediaan infrastruktur untuk pembangunan negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata perkongsian dengan Microsoft menggariskan komitmen kumpulan untuk memupuk kelahiran tenaga kerja mampan yang cukup tersedia bagi menyokong ekonomi digital Malaysia.
"Pembangunan modal insan yang berterusan akan menjadi penting kepada keupayaan kami untuk beroperasi dan bersaing.
"Kami berharap dapat mempercepatkan usaha dalam meningkatkan bakat tempatan dengan tujuan untuk mewujudkan masa depan digital yang inklusif bagi kebaikan rakyat dan negara," katanya.
MoU itu diumumkan semasa pelancaran inisiatif 'Bersama Malaysia' Microsoft pada 19 April lepas.
Inisiatif ini menyokong matlamat MyDIGITAL negara dalam mengubah Malaysia untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Sementara itu, Ketua Pegawai Digital Aadrin Azly berkata kumpulan itu komited untuk meningkatkan tenaga kerja dan ekosistem Petronas dengan Microsoft melalui Akademi Digital Petronas.
"Visi kami adalah untuk membangunkan sistem pembelajaran digital berkesinambungan, yang boleh memperkasakan tenaga kerja negara," katanya.
Sebagai permulaan, Akademi Digital Petronas yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat, dijangka meliputi asas-asas digital dan disiplin teknikal bagi tenaga kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021
Dari kanan, Pengerusi Petronas Tan Sri Ahmad Nizam Salleh, Tengku Muhammad Taufik, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K Raman dan Mohamed Azmin pada majlis menandatangani MoU, 19 April lalu. - Foto Petronas
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.