awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis

Bernama
Bernama
19/02/2025
03:50 MYT
Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Petronas masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D telah selesai pada 2024, kata Azalina. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D telah selesai pada 2024.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.
Lembangan Langkasuka terletak di kawasan perairan Kedah dan Perlis (Blok PM320 dan PM321).
"Langkah-langkah seterusnya di Lembangan Langkasuka ini akan bergantung kepada hasil analisis data seismik yang diperoleh itu," katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai sejauh mana kajian kemungkinan dijalankan Petronas terhadap simpanan minyak dan gas di Lembangan Langkasuka serta garis masa pelaksanaan dan implikasinya.
Azalina juga menegaskan, Petronas terus giat menjalankan aktiviti ekplorasi minyak dan gas di kawasan berpotensi di perairan Malaysia.
"Usaha eksplorasi ini lazimnya mengambil sekitar tiga tahun hingga lima tahun bagi mengesahkan kewujudan takungan petroleum di sesuatu lokasi," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Lembangan Langkasuka
#analisis data seismik
#Azalina Othman Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan