Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memperkenal versi baharu logo korporatnya, iaitu suatu langkah yang merupakan sebahagian daripada rancangan seluruh kumpulan untuk memperkukuhkan lagi potensi tampak ikon korporatnya.
Logo korporat baharu itu, yang diperkenalkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke 17 2013 di sini hari ini, menyaksikan "wajah dan suasana" baharu dirangkumkan ke dalam logo 'titisan minyak' asal Petronas untuk mencerminkan ekspresi tampak kedudukan dan konsep baharu Petronas Group.
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata selain menjadikan logo korporat itu lebih kontemporari, ia juga dibina berasaskan ekuiti dan warisan jenama Petronas sedia ada.
"Pada dasarnya, logo baharu ini melambangkan pertumbuhan dan perkembangan jenama Petronas. Struktur asas terdiri daripada ciri titisan minyak dan simbol 'P' yang mencerminkan perniagaan terasnya dalam minyak dan gas, dan dinamisme syarikat itu.
"Di tengah-tengah titisan minyak itu ialah bulatan padu yang melambangkan kitaran lengkap atau rantaian nilai industri minyak dan gas," katanya.
Sementara itu, warna hijau zamrud Petronas yang dikenali umum, melambangkan laut dan bumi, tempat asal minyak dan gas.
Logo baharu itu yang merupakan logo generasi ketiga Petronas menyaksikan keluk yang lebih lembut ditambah kepada titisan minyak yang menggambarkan aliran berterusan yang melambangkan usaha Petronas untuk mencapai kemajuan dan semangatnya dalam menghadapi cabaran memenuhi permintaan dan harapan pemilik kepentingannya.
Logo asal Petronas dilancarkan pada 1974 ketika syarikat minyak nasional itu mula-mula ditubuhkan.
Bernama
Mon Jun 10 2013
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Kelab Liga Bolasepak Utama Beckham diberi nama Inter Miami
Beckham memperoleh francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas mengumumkan rancangannya menubuhkan pasukan di bandar itu empat tahun lalu.
Google perkenal logo baharu
Syarikat gergasi Internet, Google memberi nafas baru dengan menukar logonya untuk menepati kesesuaian peralatan mudah alih.
Petronas perkenal logo korporat yang baru
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memperkenal versi baharu logo korporatnya.