awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas pindahkan pekerjanya di Iraq berikutan pandemik COVID-19

Bernama
Bernama
18/03/2020
19:58 MYT
Petronas pindahkan pekerjanya di Iraq berikutan pandemik COVID-19
Menurut Petronas, langkah itu adalah tindakan pencegahan bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja.
Syarikat minyak dan gas negara, Petronas selamat memindahkan 80 pekerja Malaysia dari Petronas Carigali Iraq Holding B.V. (PCIHBV), yang terletak di Kawasan Kontrak Garraf, Wilayah Thi Qar Iraq.
Menurut Petronas, langkah itu adalah tindakan pencegahan bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja.
"Ia sesuatu yang tidak dijangka dan tidak diramalkan, malah bukan di bawah kawalan PCIHBV. PCIHBV telah mengeluarkan notis yang perlu mengikut peruntukan kontrak perkhidmatan pembangunan dan pengeluaran dan terlibat dengan pihak berkuasa negara itu susulan penggantungan operasi dan pemindahan pekerja kami," katanya dalam kenyataaan pada Rabu.
Operasi di Kawasan Kontrak Garraf ketika ini digantung sementara sehingga dimaklumkan kelak, kata Petronas.
"Kami turut memantau secara rapat berhubung situasi ini," katanya.
Menurut laporan berita, Iraq mencatat 164 kes COVID-19 dengan 12 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Iraq
#keselamatan
#koronavirus
#operasi
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan