KUALA LUMPUR: Petrosains, The Discovery Centre, akan memperkenalkan pameran terbaharu iaitu autonomi yang dilengkapi pengeluaran bunyi dan visual berdefinisi tinggi, serta menawarkan persekitaran 360 darjah yang akan membawa pengunjung menyelusuri penggembaraan di dalam hutan purba, lautan indah dan melayari pembangunan negara maju pada Ogos depan.
The Dark Ride bersedia untuk membuat kemunculan semula selepas ia dihentikan buat sementara waktu pada 2020 berikutan pandemik COVID-19 yang memerlukan protokol keselamatan untuk dipatuhi, termasuk langkah-langkah penjarakan sosial.
Pengalaman yang dipertingkatkan ini menggabungkan naratif tenaga baharu yang direka khas untuk membuat pengunjung berfikir mengenai revolusi teknologi seterusnya yang diperlukan bagi menangani isu semasa dan cabaran masa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn Bhd, Ezarisma Azni Mohamad berkata, projek penambahbaikan empat fasa di Petrosains ini adalah tepat pada masanya, memandangkan perubahan iklim yang melanda dunia dan aktiviti kegiatan manusia yang memberi impak kepada bencana alam.
“Di Petrosains, kami ingin mewujudkan persekitaran di mana pengunjung kami, khususnya generasi muda untuk mula memikirkan penyelesaian mampan terhadap masalah dunia sebenar, dan menyemarakkan rasa ingin tahu mereka mengenai teknologi masa depan serta bagaimana untuk menyelesaikannya dengan tuntas. Isu-isu seperti ini boleh dicapai menerusi kemajuan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Pelaksanaan pengetahuan dan inovasi dalam pembelajaran STEM telah memberikan sumbangan yang menyelamatkan nyawa dan mengubah hidup kepada komuniti di seluruh dunia, dan contoh terbaharu yang kita ada hari ini ialah penyelesaian ke arah membendung penularan wabak kesihatan,” tambahnya.
Pengalaman perjalanan baharu ini menumpukan pada tema peralihan tenaga dan keperluan sepanjang kemajuan manusia, di mana naratif akan bermula dengan evolusi manusia gua melihat bagaimana sainstis meneroka cara baharu bagi membangunkan penjanaan kuasa mampan. Perjalanan itu akan diiringi iringan muzik, dan elemen multimedia untuk pengalaman yang menyeronokkan dan mengasyikkan.
Seterusnya, diikuti dengan penambah baikkan kepada pusat sains, Galeri Kelestarian yang bertujuan untuk mendidik dan memperkasakan pengunjung memikirkan impak kepada masa depan yang dipilh.
Galeri itu yang dijadualkan dibuka pada penghujung tahun ini, akan menampilkan maklumat dan kandungan pembelajaran mengenai isu penting, termasuk cara mengukur dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, penerokaan pilihan tenaga baharu serta penyelesaian bersepadu kepada permintaan tenaga untuk memenuhi matlamat mencapai pelepasan sifar bersih.
Dua fasa penambahbaikan terakhir akan menampilkan perubahan naik taraf kepada galeri, Diorama dan Platform Minyak atau ‘Diorama and Oil Platform’ yang sedia ada untuk memberi pengalaman yang lebih mengujakan.
Petrosains Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas. Projek naik taraf itu sejajar dengan matlamat Petronas untuk mencapai sifar bersih pelepasan karbon menjelang 2050 iaitu sebuah pendekatan holistik Kumpulan terhadap kemampanan yang mengimbangi pemacu untuk memberikan nilai jangka panjang perniagaan dan memainkan peranan aktif dalam peralihan kepada penyelesaian tenaga yang lebih bersih.
Untuk maklumat lanjut, layari https://petrosains.com.my
Eton Khir
Thu Jul 28 2022
Pelbagai aktiviti mengujakan disediakan di Petrosains, antaranya The Dark Ride yang membawa pengunjung ke masa silam dan masa depan.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.
MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
24,000 pelajar sertai program Jurutera Angkasa Muda, pupuk minat stem dalam generasi pelapis
MOSTI memperkasakan minat pelajar dalam bidang STEM menerusi program Jurutera Angkasa Muda yang menyaksikan penyertaan seramai 24,000 murid dari daerah Kuala Langat.
Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM
Program itu menggabungkan bantuan kewangan dengan pendedahan industri bagi membolehkan pelajar mencapai aspirasi mereka.
Hab STEM di 27 kampus IPGM harap dimanfaat komuniti, sekolah - Fadhlina
Hab STEM adalah usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran siswa guru, pensyarah IPGM, guru dan murid sekolah serta komuniti dalam bidang STEM.
Malaysia Techlympics pupuk minat STEM - Chang
Penganjuran Malaysia Techlympics menjadi antara kaedah dalam memupuk minat murid dan pelajar sekolah kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).