BUKIT KAYU HITAM: Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.
Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Mohd Noh Khamis berkata, gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.
“Kita memang sentiasa lakukan kawalan ketat di sempadan, setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasi sempadan.
“Negara paling dekat untuk dia (Sajat) keluar ialah Thailand, jadi kita akan teruskan pemerhatian. Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa. Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PGA membuat kawalan ketat di pos kawalan sempadan bagi memastikan Sajat tidak lolos ke negara jiran.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata Sajat kemungkinan telah berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Feb lepas.
Dalam perkembangan lain, Mohd Noh berkata, sejak Batalion 3 PGA mengambil alih tugas Op Benteng Covid Kawalan Sempadan Darat Malaysia-Thailand pada 1 Mac lepas, pihaknya berjaya menumpaskan 26 kes melibatkan pelbagai kesalahan.
“Kes-kes ini melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Kita juga berjaya menahan empat lelaki tempatan dan tiga lelaki Thailand berumur 20-an.
“Kita juga merampas 3,567 kilogram (kg) daun ketum, 465 botol ubat batuk, lima biji pil kuda, 4.11 gram syabu dan enam motosikal yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM128,871,” katanya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
Gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan. - Gambar fail BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Sajat dikehendaki polis kes penipuan maklumat kad pengenalan
Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari.
Apa nasib 'anak angkat' Sajat? Ini penjelasan peguam...
Mungkin ramai yang hanya menumpukan isu Muhammad Sajjad melarikan diri keluar negara sahaja tanpa sedar semasa di Malaysia beliau juga memelihara beberapa orang kanak-kanak.
Isu LGBT: Kerajaan perlu atasi dengan berhemah, elak kekerasan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam mengatasi isu LGBT di negara ini berbanding terus menghukum golongan berkenaan.
Bakal menetap di Australia? Sajat tayang rumah di sana
Sajat kini masih tinggal di hotel dan bakal berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi.
Sajat masih menyorok di Thailand - Polis
Polis masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.
'Sajat, peluang untuk kamu bertaubat sentiasa terbuka' - Idris
Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Idris Ahmad.
Parlimen: 'Sajat sudah ditahan, Jho Low bila lagi?' Soal RSN Rayer
Penahanan Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau Nur Sajat di Thailand baru-baru ini menjadi analogi kepada kes ahli perniagaan, Jho Low dalam Dewan Rakyat hari ini.
Thailand belum buat keputusan mengenai Nur Sajat
Timbalan Komander dan jurucakap Biro Imigresen Mejar Jeneral Achayon Kraithong berkata, Muhammad Sajjad ditahan kerana masuk secara haram.
Bukit Aman siasat siapa dalang bantu Sajat lolos hingga ke Thailand
Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 April 2021.