awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat

Bernama
Bernama
19/02/2025
01:15 MYT
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lepas.
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lepas.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata, lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun terdiri daripada pemandu dan kelindan treler yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.
Beliau berkata, penahanan dan rampasan itu dilakukan anggota Batalion 7 PGA kira-kira 12.30 tengah hari menerusi Op Taring Wawasan.
"Hasil pemeriksaan pada treler dan kawasan stor menemukan hampir 88,000 biji kelapa tanpa dokumen dan lesen pembelian kelapa yang sah.
"Kelapa dan treler dirampas dianggar bernilai RM2.13 juta manakala kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup kelapa
#Pasukan Gerakan Am
#Op Taring Wawasan
#Stor Che Soh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan