awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA gagalkan cubaan seludup masuk 32 PATI

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/12/2021
10:54 MYT
PGA gagalkan cubaan seludup masuk 32 PATI
Kesemua PATI itu terdiri daripada 21 lelaki dan 11 wanita berusia antara 17 hingga 38 tahun. - Gambar ihsan PGA
BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan sekumpulan 32 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyusup masuk secara haram ke negara ini.
Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim, Superintendan Md Dali Jamil berkata, kesemua PATI berkenaan cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui pagar keselamatan sekitar pukul 6 pagi Sabtu.
Beliau berkata, pergerakan mereka dikesan sepasukan anggota yang ketika itu sedang melakukan pemeriksaan di kawasan semak berhampiran tangki air BKH 3.
“Ketika pemeriksaan dilakukan menemui kesemua PATI berkenaan sedang bersembunyi di kawasan semak dalam keadaan mencurigakan.
"Mereka mengambil kesempatan sewaktu hujan lebat memotong kawad berduri dan menyusup masuk,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Md Dali memaklumkan, kesemua mereka yang terdiri daripada 21 lelaki dan 11 wanita berusia antara 17 hingga 38 tahun gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri sah masuk ke negara ini.
Kesemua PATI terbabit dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(3) (C) Akta Imigresen 1963.
Topic Berkaitan
#pati
#pendatang tanpa izin
#warga myanmar
#Bukit Kayu Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan