awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000

Bernama
Bernama
31/01/2025
02:15 MYT
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Anggaran keseluruhan nilai rampasan ialah RM107,122.40, dan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Foto Briged Tenggara PGA
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di Kampung Manjor, Laloh, pada Rabu lepas.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar pukul 8.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 46,000 batang rokok putih dan 10,000 batang rokok kretek yang dipercayai untuk pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan ialah RM107,122.40, dan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, dan semua barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rokok seludup
#Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
#Laloh
#PGA Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan