awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas 1,242 unit cecair rokok elektronik bernilai RM125,000

Bernama
Bernama
23/07/2025
02:40 MYT
PGA rampas 1,242 unit cecair rokok elektronik bernilai RM125,000
Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM 125,000 dan hasil rampasan diserahkan kepada MDTM untuk tindakan selanjutnya. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,242 unit cecair rokok elektronik serta 36 kotak peranti rokok elektronik, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Jeli Kelewek, Tanah Merah pada Isnin.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu, dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada 10.15 malam.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati, terdapat seorang lelaki warga tempatan 43 tahun berada di dalam premis, yang gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan dan kebenaran menyimpan yang sah bagi memiliki cecair dan peranti vape daripada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
"Sebanyak 1,242 unit cecair dan 36 kotak peranti vape ditemukan di dalam premis tersebut. Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM 125,000 dan hasil rampasan diserahkan kepada MDTM untuk tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) dan 8(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDTM 2019," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#rokok elektronik
#serbuan
#Op Taring Wawasan Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan