awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas kosmetik seludup dari Thailand

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2022
23:13 MYT
PGA rampas kosmetik seludup dari Thailand
PGA tidak menolak kemungkinan barangan tersebut cuba diseludup masuk ke negara ini dari Thailand kerana terdapat tulisan Siam pada kotak dan peket kosmetik itu. - Foto Sinar Harian
TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas pelbagai kosmetik dari Thailand yang dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini dalam serbuan di pangkalan haram Kuala Jambu di sini, pada Sabtu.
Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan jam 11.15 malam itu dilakukan menerusi rondaan rutin menggunakan motosikal.
"Semasa melakukan rondaan, anggota bertugas melihat kelibat seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak dari dalam perahu ke tebing sungai,
"Melihat kehadiran anggota PGA, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi menjumpai 586 kotak dan 100 peket barangan kosmetik seludup bernilai RM40,170.
Azhari berkata, rampasan itu akan diserahkan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.
"PGA tidak menolak kemungkinan kosmetik tersebut disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini dari Thailand menggunakan jalan yang tidak diwartakan.
"Hal ini kerana terdapat tulisan Siam pada kotak dan peket kosmetik berkenaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kosmetik dari Thailand
#PGA Kuala Terengganu
#pangkalan haram Kuala Jambu
#Azhari Nusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan