NATIONAL
PGA rampas lebih 6,000 anak pokok diseludup dari Thailand

Rampasan dilakukan anggota Batalion 8 PGA selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, kira-kira jam 8 malam semalam. - Foto Briged Tenggara PGA
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 6,400 anak pokok pelbagai jenis buah-buahan disyaki diseludup dari Thailand menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan anggota Batalion 8 PGA selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan kira-kira 8 malam.
"Anak pokok tersebut dipercayai berpenyakit dan mempunyai serangga perosak.
"Pemandu lori berusia 44 tahun juga gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan atau pergerakan tanaman itu," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata nilai rampasan keseluruhan termasuk lori digunakan suspek dianggarkan RM790,000 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami