awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tumpas cubaan seludup lembu di Pasir Mas

Bernama
Bernama
21/07/2025
05:40 MYT
PGA tumpas cubaan seludup lembu di Pasir Mas
Polis mendapati terdapat 10 ekor lembu di bahagian belakang lori dan pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan lembu yang sah untuk rujukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 10 ekor lembu yang dianggar bernilai RM150,000 selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Jalan Utama Banggol Setol, Pasir Mas semalam.

Ringkasan AI
  • Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menahan sebuah lori mencurigakan di Jalan Utama Banggol Setol, Pasir Mas dan menemui 10 ekor lembu tanpa dokumen sah, dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan.
  • Pemandu lori berusia 20 tahun ditahan dalam operasi Op Taring Kandang pada jam 12.15 tengah malam; nilai keseluruhan lembu dianggarkan RM150,000.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah malam ketika anggotanya menjalankan tugas dalam Op Taring Kandang.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat 10 ekor lembu di bahagian belakang lori dan pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan lembu yang sah untuk rujukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
"Kesemua lembu itu disyaki dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan dan kes diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#lembu seludup
#Kelantan
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan