Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan gagal sekiranya pergaduhan dalam kalangan sesama pemimpin tidak dihentikan, sekali gus mengikis kepercayaan rakyat, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri turut tidak menolak PH 'boleh menjadi' kerajaan sepenggal, sekiranya perubahan tidak dilakukan, lapor portal Bloomberg pada Isnin.
Dalam masa sama, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menambah, beliau tidak 'begitu yakin' dengan generasi yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"Mereka melihat dengan menjadi parti pemerintah, disebabkan kamu mempunyai kuasa, kamu boleh memperoleh apa sahaja.
"Kami katakan kepada mereka, sekiranya kamu parti yang memerintah, (dan) sistem masa kini adil kepada semua orang (sudah tentu) mereka (rakyat) juga boleh mengugut kamu dan kesudahannya kamu akan kehilangan sokongan," kata Dr Mahathir seperti dilaporkan portal itu.
Dalam laporan itu, Dr Mahathir turut menarik perhatian mengenai kekalahan PH dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang masih tidak diambil perhatian oleh pemimpin kerajaan hari ini.
"Kita kalah dalam banyak PRK, tetapi mereka masih tidak faham. Sebaliknya, masih bergaduh sesama sendiri, mereka memecahbelahkan rakyat dan kesemua mereka lemah," kata Dr Mahathir memberi teguran.
Dr Mahathir yang kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri kali kedua selepas gabungan PH di bawah pimpinannya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada Mei 2018.
Susulan kejayaan PRU14, pentadbiran Dr Mahathir berhadapan dengan tugas berat kembali memulihkan negara yang terpalit dengan pelbagai isu termasuk skandal kewangan terbesar 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pentadbiran kerajaan PH juga terpaksa menilai dan menstruktur semula pelbagai kontrak kerajaan dalam usaha mengurangkan kos.
Astro Awani
Mon Jan 20 2020
Dr Mahathir Mohamad tidak menolak PH 'boleh menjadi' kerajaan sepenggal, sekiranya perubahan tidak dilakukan. - Gambar fail Astro AWANI
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Dakwaan Bloomberg: PDRM sudah ambil tindakan siasat individu terkait - Anwar
PDRM telah mengambil tindakan termasuk memanggil wakil Bloomberg, berhubung dakwaaan campur tangan PM dalam siasatan SPRM.
PM Anwar belum berniat ambil tindakan terhadap Bloomberg - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini tidak berniat untuk mengambil tindakan terhadap agensi berita antarabangsa, Bloomberg atas laporan yang boleh mencemarkan nama baiknya.
Elon Musk kembali menjadi individu terkaya dunia
Elon Musk merampas kembali 'takhta' sebagai individu terkaya dunia selepas gelaran tersebut dipegang keluarga pemilik fesyen mewah LVMH, Bernard Arnault.
Saham Netflix jatuh 30 peratus
Penyusutan itu sekali gus membuatkan Netflix berdepan kerugian lebih 45 bilion dolar.
1MDB bayar Bloomberg senaraikan satu daripada dananya - Saksi
Bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa syarikat itu telah membayar agensi berita antarabangsa Bloomberg untuk menyenaraikan satu daripada dananya.
Cukai baharu hanya akan dipertimbang selepas negara pulih - Tengku Zafrul
Kerajaan akan memberi perhatian khusus kepada sektor-sektor yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sebelum mempertimbangkan sebarang cukai baharu.
COVID-19: British Airways laksana penstrukturan semula, 12,000 bakal hilang kerja
Sekurang-kurangnya 12,000 pekerjaan milik syarikat penerbangan, British Airways (BA) berisiko hilang susulan kemerosotan permintaan mendadak bagi perjalanan udara akibat krisis penularan COVID-19.
PH akan gagal selagi pemimpin tidak berhenti bergaduh sesama sendiri - PM
PH akan gagal sekiranya 'pergaduhan' dalam kalangan sesama pemimpin tidak dihentikan, sekali gus mengikis kepercayaan rakyat, tegas Dr Mahathir Mohamad.
Pengurus aset Malaysia lebih yakin dengan pelaburan ESG - Tinjauan Bloomberg
Pengundian menunjukkan 67 peratus responden Malaysia percaya pelaburan portfolio bersepadu ESG akan memberikan prestasi yang lebih baik daripada portfolio bersepadu bukan ESG.
BN akan capai keputusan lebih baik daripada PRU13 - Najib
Pengerusi BN itu berkata perasaan optimis beliau itu adalah berdasarkan beberapa perkara, termasuk ketidakmampuan pakatan longgar pembangkang dan tidak wujudnya gerakan untuk menukar kerajaan.