KUALA LUMPUR: Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sewaktu perlawanan Kejohanan Piala AFC 2022 pada 24 (hari ini), 27 dan 30 Jun ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata penugasan polis yang melibatkan kawalan lalu lintas dan keselamatan, akan bermula pada 5 petang ini.
"Pemeriksaan akan dibuat di pintu masuk dan selepas penonton memasuki stadium.
"Petugas akan memeriksa badan dan beg bagi memastikan tiada barangan terlarang dibawa masuk seperti mercun, suar, topi keledar, laser, mancis, pemetik api, besi atau kayu, senjata seperti parang, minuman keras, payung dan tongkat," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata polis akan turut memastikan kelancaran trafik dan keselamatan orang awam yang menuju ke stadium dan di sekitar lokasi perlawanan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium dan elakkan melalui jalan-jalan di sekitarnya, jika tidak bertujuan menonton perlawanan.
"Pengguna jalan raya juga tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium, dan perlulah patuh kepada arahan petugas.
"Tindakan saman dan tunda akan diambil kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas," katanya.
Beliau turut menasihatkan penonton supaya menjaga tatasusila dan tidak membuat provokasi melampau, yang boleh mencetuskan kekacauan baik semasa atau selepas perlawanan.
Perlawanan peringkat kumpulan H dalam kejohanan itu bakal menyaksikan pertembungan antara Kuala Lumpur City FC menentang PSM Makassar esok, Tampines Rovers menentang PSM Makassar pada 27 Jun dan Kuala Lumpur City FC menentang Tampines Rovers pada 30 Jun, dengan kapasiti penonton seramai 14,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Muhammad Idzam berkata polis akan turut memastikan kelancaran trafik dan keselamatan orang awam yang menuju ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan di sekitar lokasi. - Gambar fail/BERNAMA

10 Berita Pilihan - (26 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

Dadah | Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah bernilai lebih setengah bilion dolar di seluruh negara pada Ahad. Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, heroin dan methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar ketika menyambut Hari Dadah Antarabangsa pada 26 Jun.

Kapal Perang AS | Sammy B, kapal karam paling dalam di dunia pernah ditemukan
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertempur dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II ditemukan di dasar laut Filipina pada kedalaman hampir 7,000 meter. Ia sekali gus menjadikan aset yang dikenali sebagai Sammy B itu sebagai kapal karam yang paling dalam di dunia pernah ditemukan.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka cuba dapatkan minyak murah dari Rusia, Qatar
Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi teruk umum akan menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar sebagai cubaan untuk dapatkan harga minyak murah, sehari selepas kehabisan bahan api di negara itu. Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata dua menteri akan dihantar ke Rusia pada Isnin, untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.

Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.

Krisis Rusia-Ukraine | Selepas tawan Severodonetsk, Rusia sasar Kyiv
Sehari selepas Rusia mendakwa mengawal sepenuhnya bandar strategik Severodonetsk di Luhansk, serangan peluru berpandu mula menggegarkan bandar Kyiv pada Ahad. Wartawan AFP melaporkan, kompleks kediaman berhampiran pusat Kyiv telah diserang sehingga mengakibatkan kebakaran dan dipenuhi asap.

PRU15 | Tanding di Parlimen Sik hanya ura-ura - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, DatuK Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Sik hanyalah ura-ura sahaja.

Industri Kreatif | Dana Pembangunan Modal Insan FINAS kembali
Perbadanan Filem Nasional (FINAS) akan membuka kembali Dana Pembangunan Modal Insan bagi tujuan memperkasa kemahiran penggiat industri filem di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim. Menurutnya, setakat ini kurang daripada 50 peratus daripada dana itu telah dilulus oleh jawatankuasa penilai dan FINAS menggalakkan persatuan serta syarikat berminat mengemukakan permohonan.

Piala AFC: KL City raih satu mata, Kedah Darul Aman tumpas di Bali
Skuad bimbingan Bojan Hodak terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Juara Piala Indonesia 2019 itu.

Piala AFC: Lang Merah perlu ambil kesempatan kepenatan Bali United
Lazimnya, laungan sorakan penyokong itu sendiri di Stadium Kapten I Wayan Dipta pastinya akan menyemarakkan semangat mereka.

Piala AFC: PSM Makassar bidas jadual berat sebelah
Tavares menganggap pemilihan Stadium KLFA untuk kempen Kumpulan H itu membebankan skuadnya.

Piala AFC: Polis tingkat kawalan keselamatan dalam dan luar stadium
Penugasan polis yang melibatkan kawalan lalu lintas dan keselamatan, akan bermula pada 5 petang ini.

Faktor keluarga dorong Al Hafiz pilih Lang Merah
Masalah jantung yang dihadapi ibunya membuatkan anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu memilih Lang Merah.

KL City belum bersedia bersaing di Piala AFC - Stanley Bernard
Stanley turut mendedahkan cabaran sebagai CEO pada musim pertamanya selain spekulasi perpindahan Tchetche Kipre.

Sepak mula Piala Malaysia hari ini, bangkitkan kembali nostalgia 100 tahun bola sepak negara
Piala Malaysia mula dipertandingkan pada awal 1920-an, menyaksikan Singapura muncul juara edisi pertama pada 1921.

Naib Juara Liga Super milik KDA FC
Kejayaan itu turut menjamin slot KDA FC dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.

Harimau Kumbang dahagakan tiket ke Piala AFC
Ketua Jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata saingan sengit kali ini membuatkan pasukannya kini 'lapar' untuk memburu tiket ke Piala AFC.

Tuan rumah Piala AFC perlu penuhi kriteria
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John sekali lagi bertegas bahawa tiada pembatalan dibincangkan.