KUALA LUMPUR: Malaysia gagal meraih keputusan yang diharapkan selepas tewas 0-2 kepada pasukan pilihan Uzbekistan pada perlawanan pembukaan Kumpulan D saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 di Doha, Qatar malam tadi.
Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, skuad Harimau Muda bimbingan Juan Torres Garrido ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan pemain pertahanan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pengadil Ahmed Faisal Al Ali dari Jordan tidak teragak-agak meniupkan wisel dan melayangkan kad kuning pada Muhamad Syahir sebelum ketua pasukan Uzbekistan Jasurbek Jaloliddinov tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-11 untuk meletakkan juara edisi 2018 itu depan.
Naib juara edisi 2022 kendalian Timur Kapadze itu nyaris menggandakan jaringan di penghujung separuh masa pertama apabila tandukan dari jarak dekat Alibek Davronov tinggi melewati palang pada masa tambahan tatkala penjaga gol negara Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin tergamam.
Malaysia dibarisi dua pemain tengah yang sering menyarung jersi skuad senior iaitu Muhammad Mukhairi Ajmal dan Nooa Laine menamatkan aksi babak pertama dengan gagal mencipta sebarang percubaan tepat ke gawang lawan, selain meraih 44 peratus penguasaan bola.
Bersambung babak kedua, sedikit pertukaran dilakukan Garrido menunjukkan perubahan positif, namun pasukan lawan lebih mendominasi permainan dengan beberapa percubaan berbahaya yang gagal disudahkan dengan baik.
Memasuki 10 minit terakhir permainan, kesilapan mudah sekali lagi menghukum Malaysia selepas hantaran pemain gantian Muhammad Abu Khalil dipintas Husain Norchaev yang melorongkan bola kepada pemain gantian Ulug'bek Khoshimov untuk meledak gol kedua Uzbekistan pada minit ke-83.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia perlu bangkit mengutip mata ketika membuat perhitungan dengan Vietnam di venue sama pada Sabtu ini sebelum bertemu Kuwait pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub di Al Wakrah pada Selasa depan.
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir dan berpeluang meneruskan cabaran merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala pasukan keempat terbaik kejohanan akan bermain perlawanan play-off bertemu Guinea di Paris, Mei ini.
Sementara itu, Garrido kecewa dengan kekalahan tetapi masih berharap anak buahnya dapat meningkatkan prestasi sebelum dua perlawanan seterusnya.
Beliau menekankan kepentingan mengurangkan kesilapan dalam kawasan gawang gol yang boleh mengundang penalti, terutamanya selepas pasukan itu menghadiahkan penalti kepada lawan dalam dua perlawanan pemanas badan sebelum ini.
“Secara ringkasnya persiapan kami meningkat...jadi pastinya permainan ini akan membantu tahap prestasi...mungkin kita perlu lebih berusaha untuk melakukan serangan. Hari ini kami berdepan lawan yang bagus, dalam perlawanan akan datang, kami mesti memperbaiki cara untuk menembusi kawasan lawan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut.
Garrido turut menafikan isu kecergasan sebagai masalah utama pasukan dan pemainnya terlalu menghormati pasukan lawan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Antara aksi menarik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun 2024 antara Malaysia dan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, Qatar malam tadi. - Foto FAM
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Dua penalti China kecewakan skuad Harimau Muda dalam aksi pemanas badan di Doha
Skuad Harimau Muda bimbingan Juan Torres Garrido bangkit mengikat kedudukan menerusi Fergus Tierney pada minit ke-61.
Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia berdepan laluan berliku
Pada majlis undian kejohanan itu Khamis, turut diundi bersama Malaysia dan Thailand dalam kumpulan H ialah Bangladesh dan Filipina.