DOHA: Tuan rumah Qatar bermula cemerlang dalam misi mempertahankan kejuaraan mereka, selepas menundukkan Lubnan 3-0 pada perlawanan pertama Kumpulan A yang juga merupakan aksi pembukaan Piala Asia 2023 di Stadium Lusail di sini, malam tadi.
Penyerang kelab Al Sadd Akram Afif mencuri tumpuan dengan dua gol menarik, sementara pemenang Kasut Emas Piala Asia 2019 Almoez Ali, turut tidak terlepas daripada mencetak nama sebagai penjaring untuk memberikan permulaan sempurna buat skuad The Maroons.
Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri, Qatar yang menghuni ranking ke-58 dunia itu bermula garang, apabila Ali berjaya meletakkan bola di gawang, namun jaringannya pada minit kelima itu dibatalkan disebabkan ofsaid.
Namun, kebuntuan mencipta gerakan efektif menghantui skuad bimbingan Marquez Lopez selepas itu, sementara Lubnan mula menemui rentak dan berjaya mencipta beberapa peluang jaringan termasuk rembatan deras kapten Hassan Maatouk, yang diselamatkan penjaga gol Mostafa Matar pada minit ke-21.
Qatar yang kembali menemui rentak hampir meledak gol pertama, namun tandukan Afif yang menerima hantaran cantik Yusuf Abdurisag dari sebelah kanan, hanya menggegar palang pada minit ke-31.
Afif akhirnya berjaya membantu Qatar memecah kebuntuan pada minit ke-45, apabila merembat bola umpanan Ali dalam kotak penalti sekali gus menjadi gol pertama edisi 2023 pertandingan bola sepak terulung Asia itu.
Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah terus mendominasi permainan sehingga Ali menggandakan kedudukan pada minit ke-56, apabila menanduk bola hantaran kapten Hasan Al Haydos sekali gus mengubati kekecewaan jaringan yang dibatalkan terdahulu.
Ketika permainan seolah-olah berkesudahan 2-0, Afif sekali lagi menceriakan penyokong tuan rumah apabila mengesahkan kemenangan pasukan menerusi gol ketiga pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Qatar yang dibimbing pengendali Sepanyol Marquez Lopez akan bertemu Tajikistan pada 17 Jan dan menutup saingan Kumpulan A berdepan China pada 22 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Pemain Qatar Akram Afif (tengah) meraikan bersama rakan pasukan lain selepas berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Asia Kumpulan A menentang Lubnan. - Foto AP
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah menjalani Sesi Latihan Rasmi di stadium berkenaan pada Rabu.
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
'Saya kecewa, terluka' - Pan-gon
Kim Pan-gon mengharapkan penyokong tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Keadaan padang baik, aksi Harimau Malaya-Oman kekal di Stadium Nasional
Stadium Nasional Bukit Jalil kekal menjadi venue bagi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Faisal Halim menang gol terbaik Piala Asia
Faisal Halim memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin.
EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Ange Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia.
Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann
Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, telah dipecat selepas hanya bersama pasukan selama 12 bulan.
Piala Asia: Kalau Qatar ada 'Salah', Jordan ada 'Messi'
Mousa Al Tamari selangkah sahaja lagi untuk mencipta sejarah tersendiri bagi negara kelahirannya Jordan muncul juara pertama kali bagi Piala Asia.