Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata kedua-dua suspek yang ditahan di dua lokasi berasingan itu berumur antara 20 hingga 50 tahun.
Selain itu katanya suspek yang ditahan di Hilir Perak melibatkan nilai taruhan RM400 sementara suspek di Ipoh dipercayai membuat taruhan dengan nilai RM500.
“Aktiviti pertaruhan Op Soga di Perak dikesan menggunakan sebuah aplikasi yang membolehkan pelanggan membuat pertaruhan di alam maya.
“Suspek hanya perlu membuat tambahan nilai pada aplikasi berkenaan menerusi tambah nilai pada syarikat telekomunikasi atau secara terus di premis yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai.
“Tindakan berterusan sedang dijalankan untuk memerangi aktiviti ini secara menyeluruh,” katanya menerusi kenyataan Laporan Harian Keseluruhan Op Saga IX Polis Perak, pada Isnin.
Tambah beliau, dua telefon bimbit telah dirampas dalam operasi berkenaan selain kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953.