awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: MKN perlu perhalusi semula keputusan, kata Ahli Parlimen

Bernama
Bernama
17/11/2020
09:30 MYT
Piala Malaysia: MKN perlu perhalusi semula keputusan, kata Ahli Parlimen
Kerajaan dicadang menetapkan perlawanan diadakan di negeri-negeri hijau seperti Kelantan, Pahang dan Perlis serta dianjurkan tanpa penonton. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu perhalusi semula keputusan untuk tidak membenarkan saingan Piala Malaysia 2020 dilangsungkan semula berikutan kejohanan itu hanya berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi.
Steven Sim (PH-Bukit Mertajam) berkata kerajaan boleh menetapkan perlawanan diadakan di negeri-negeri hijau seperti Kelantan, Pahang dan Perlis serta dianjurkan tanpa penonton.
"Pemain boleh diasingkan dalam gelembung sukan sepanjang musim selain pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lain," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Sim yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut mencadangkan geran khas one-off hingga RM100,000 diberikan kepada persatuan sukan kebangsaan dan geran aktiviti untuk persatuan sukan lain di semua peringkat.
Ini katanya bagi memastikan kesinambungan pembangunan sukan selain peruntukan RM3 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk memperluas jaringan keselamatan dan kebajikan bekas atlet negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MKN
#Piala Malaysia
#kejohanan bola sepak
#Steven Sim
#negeri hijau
#alternatif
#SOP
#gelembung sukan
#Belanjawan 2021
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan