awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'

Bernama
Bernama
03/03/2024
22:00 MYT
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
TNB menewaskan KL 17-1 pada aksi suku akhir kedua semalam, menyaksikan mereka melangkah ke separuh akhir menerusi agregat 24-1. - Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berada di landasan tepat dalam pemburuan gelaran 'treble' mereka musim ini selepas melangkah ke separuh akhir saingan Piala TNB semalam.
TNB memulakan musim 2024 dengan langkah kanan apabila menjulang Piala Sumbangsih selepas menang 3-1, menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) sebelum mengesahkan kejuaraan liga dengan bergaya selepas membelasah JM Antsbees 22-1.
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City (KL) 17-1.
Terdahulu, skuad kendalian Nor Saiful Zaini mempunyai kelebihan agregat apabila menundukkan KL 7-0 pada perlawanan suku akhir pertama, Jumaat lepas.
TNB menempah pertemuan separuh akhir berdepan UiTM HA-KPT (UiTM) pada 5 Mac ini, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
UiTM dalam satu lagi aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang, menundukkan Nurinsafi Sporting (NI) 3-1, selepas menang 2-1 pada aksi pertama.
Sementara itu, juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT) menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir apabila mengatasi Liaoning Men's Hockey Team (LMHT) 4-0.
Menanti THT di separuh akhir pasukan Maybank yang menewaskan TNB Thunderbolts 7-2.
Pada suku akhir pertama, Maybank mencatat kemenangan 7-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#TNB
#THT
#Piala TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan